RM89.99 sekali bayar · Tiada yuran bulanan

POS untuk gerai & kedai kecil. Bayar sekali, guna terus.

Guna telefon atau laptop yang anda sudah ada. Tiada akaun, tiada internet, tiada yuran bulanan. Jual, tolak stok, hantar resit dan nampak untung setiap malam.

  • Cuba dulu dengan 10 produk
  • Tiada kad kredit
  • Jalan tanpa internet
Skrin Reports MyShoppe: jualan 7 hari, gross profit, purata bakul, carta jualan harian, produk terlaris dan stok rendah.
Skrin jualan MyShoppe di telefon dengan troli 3 item berjumlah RM 84.50.

Skrin sebenar app · data contoh

Sesuai untuk

  • Pasar Malam & Bazar
  • Gerai Makan & Minum
  • Kedai Runcit Kecil
  • Bundle & Butik Kecil
  • Aksesori Telefon
  • Kraf & Hadiah
  • Gunting Rambut (1 kaunter)

Masalah biasa

Kenal situasi ni?

“Yuran POS bulanan makan untung gerai yang memang dah nipis.”

Untuk peniaga kecil, yuran setiap bulan tu terasa. Solo dibayar sekali sahaja.

“Line kat tapak lemah, app POS asyik loading.”

“Balik pasar malam, kira duit & stok dalam buku sampai lewat malam.”

“Jual banyak, tapi tak pasti barang mana yang betul-betul untung.”

“Barang habis baru perasan — pelanggan dah pergi.”

Sesuai untuk siapa

Satu kaunter, satu peranti. Itu Solo.

Data kedai disimpan dalam telefon atau laptop yang anda guna untuk menjual. Ini yang sesuai — dan yang tidak.

Pilih Solo jika

  • Anda (atau seorang pembantu) menjual di satu kaunter dengan satu telefon atau laptop
  • Line internet di tapak tak boleh diharap
  • Mahu bayar sekali, bukan setiap bulan
  • Produk sedikit atau beribu — tiada had selepas lesen
  • Mahu tahu jualan, stok dan untung kasar setiap hari

Pilih MyShoppe Cloud jika

  • Beberapa staf menjual serentak di telefon berbeza
  • Owner mahu pantau jualan dari rumah, di peranti lain
  • Ada lebih daripada satu cawangan
  • Perlukan giliran pelanggan QR (barber, salon, klinik)

Untuk kedai begini, lihat MyShoppe Cloud: data dikongsi antara semua peranti.

Ciri

Semua yang gerai anda perlukan.

Ciri-ciri ini sudah berfungsi dalam Solo — bukan janji.

Telefon pun cukup

Buka dari browser dan pasang ke skrin utama. Tiada mesin POS, tiada wayar.

Jalan tanpa internet

Semua jualan disimpan terus dalam peranti. Line lemah atau tiada langsung — tetap jual.

Scan barcode

Guna kamera telefon atau scanner USB. Produk tanpa barcode? Tekan nama produk.

Stok auto-tolak

Setiap jualan terus tolak stok. Senarai stok rendah supaya tak terlepas restock.

Tunai, DuitNow QR atau kad

Kira baki dengan pembundaran 5 sen. Papar QR DuitNow gerai anda di skrin untuk pelanggan scan.

Resit print atau WhatsApp

Cetak di printer resit, atau hantar resit terus ke WhatsApp pelanggan.

Kos & untung kasar

Masukkan harga beli; nampak untung kasar dan margin setiap produk dan setiap hari.

Laporan harian

Jualan, kaedah bayaran, produk terlaris dan stok rendah — hari ini, minggu ini atau bulan ini.

Jual ikut berat & ukuran

Harga sekilo, semeter atau sejam. Taip berat dari penimbang, harga dikira sendiri.

Duit masuk / keluar

Rekod belanja gerai (sewa tapak, bahan, minyak) dan nampak baki laci tunai.

Import dari Excel

Masukkan ratusan produk sekali gus, dengan pratonton sebelum simpan.

Backup satu tekan

Simpan satu fail backup ke Google Drive atau WhatsApp. Tukar telefon? Restore, semua kembali.

Tengok sendiri

Lihat MyShoppe beraksi.

Rakaman skrin sebenar app (data contoh). Tekan video untuk tonton penuh dengan suara.

Data anda

Data dalam peranti anda. Backup dalam poket anda.

Solo tidak menyimpan data kedai di server kami. Semua jualan, stok dan laporan duduk dalam telefon atau laptop anda — sebab itu ia laju dan jalan tanpa internet.

  1. Tekan Back upSelepas berniaga, satu tekan simpan fail backup. App ingatkan anda bila dah lama tak backup.
  2. Simpan di Google Drive atau WhatsAppHantar fail itu ke Google Drive, email atau WhatsApp diri sendiri.
  3. Tukar telefon? RestoreBuka app di telefon baru dan pilih fail backup — produk, stok dan resit kembali.

Bila data boleh hilang?

  • Refresh, tutup app atau restart telefon: data kekal
  • Data browser dikosongkan, app dibuang, atau telefon hilang / rosak tanpa backup

Pengguna iPhone: tambah MyShoppe ke Home Screen (Share → Add to Home Screen) supaya Safari tidak memadam data.

Cara mula

Tiga langkah. Lima minit.

  1. Buka app

    Tekan Cuba Percuma, isi nama gerai dan nama anda. Tiada email, tiada kata laluan.

  2. Cuba dengan 10 produk

    Semua ciri boleh dicuba — jual, resit, stok, laporan. Tiada had masa.

  3. Bayar RM89.99, aktifkan

    WhatsApp kami. Kod lesen dihantar melalui WhatsApp — tekan link dan had produk hilang. Data cubaan anda kekal.

Harga

Satu harga. Sekali bayar.

Tiada yuran bulanan, tiada kontrak.

Sekali bayar

MyShoppe Solo

Untuk gerai & kedai satu kaunter.

RM89.99

Bayar sekali sahaja. Bukan sebulan.

  • Semua ciri jualan, stok, laporan & backup
  • Produk tanpa had
  • Jalan tanpa internet
  • Lesen untuk 2 peranti (cth. bila tukar telefon)
  • App dikemas kini sendiri — tiada install semula
Beli Lesen di WhatsApp Cuba Percuma Dulu

Harga tidak termasuk perkakasan (scanner / printer resit). Tidak wajib: kamera telefon boleh scan dan resit boleh dihantar melalui WhatsApp.

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya.

MyShoppe Solo

Cuba malam ini. Bayar bila yakin.

RM89.99 sekali bayar. Telefon yang anda ada pun cukup.